TENTANG KAMI

VISI MAVIL

Menjadi peneraju pengeluar produk kesihatan yang berkualiti dan diuji berkesan melalui penyelidikan dari pelbagai sumber untuk menghasilkan tahap kesihatan yang lebih sihat aktif dan bertenaga bersama keluarga.

MISI MAVIL

OUR CORES : VALUE, QUALITY & IMPACT

CORE 1: VALUE

Adding Value

Kami percaya bahawa setiap tindakan dan produk kami mesti membawa nilai positif dalam kehidupan pelanggan, stokis, dan komuniti.

Care

Kami prihatin terhadap kesejahteraan pelanggan, memberi tumpuan kepada kesihatan usus yang sering diabaikan.

Respect

Kami menghormati semua pihak dan menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran, integriti, dan rasa tanggungjawab.

CORE 2: QUALITY

Excellence

Kami memastikan setiap produk dan perkhidmatan mencapai standard kualiti tertinggi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Innovation

Kami berinovasi untuk menyediakan penyelesaian kesihatan usus yang lebih efektif dan berkesan.

Consistency

Kami komited untuk sentiasa memberikan hasil terbaik dan memenuhi kepercayaan pelanggan dengan konsisten.

CORE 3: IMPACT

Inspiration

Kami memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menyedari kepentingan kesihatan usus dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Empowerment

Kami memberdayakan stokis dan dropship untuk menjana pendapatan sambil membantu orang lain memperbaiki kualiti hidup mereka.

Legacy

Kami bercita-cita untuk meninggalkan kesan positif yang berkekalan, menjadikan MAVIL simbol kepercayaan dan nilai dalam kehidupan.

SEJARAH PENUBUHAN MAVIL

Ditubuhkan pada tahun 2013, Mavil diasaskan dengan satu tujuan utama iaitu dengan memberi nilai kepada kehidupan orang ramai. Pengasasnya, En. Mohd Khairi bin Mohd Salleh, percaya bahawa “sebaik-baik manusia adalah yang menambah nilai dalam hidup orang lain”, dan dengan prinsip inilah yang melahirkan Mavil.

Nama MAVIL sendiri adalah singkatan daripada “Must Add Value In Life”, yang mencerminkan komitmen kami dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

Fokus utama Mavil adalah kesihatan usus, satu aspek penting yang sering diabaikan. Ramai, terutama golongan warga emas, menghadapi masalah sembelit dan sukar membuang air besar. Lebih membimbangkan, kesedaran tentang kepentingan mencuci usus dalam menjaga kesihatan masih kurang di kalangan masyarakat.

Oleh itu, Mavil memikul tanggungjawab besar untuk terus memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran pada orang ramai. Alhamdulillah, hasil daripada usaha berterusan kami, semakin ramai yang telah membuka mata mengenai pentingnya penjagaan usus. Pendedahan yang kami lakukan juga telah mencetuskan kemunculan banyak produk cuci usus di pasaran, ini juga sebagai tanda bahawa kesedaran ini semakin meluas.

Kini, kami di Mavil fokus kepada meningkatkan kualiti produk dan menambah baik perkhidmatan, seiring dengan peningkatan jumlah pelanggan setia kami. Dengan dedikasi dan komitmen untuk terus berkembang, kami berharap Mavil akan kekal sebagai peneraju dalam penjagaan kesihatan usus dan terus membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.

LATAR BELAKANG PENGASAS MAVIL

Mohd Khairi Bin Mohd Salleh

Peneraju Kesihatan Usus di Malaysia dengan Produk Mavil